Syarat sebelum nikah..haha!!

Selama saya masih hidup dan masih bisa menunaikan kewajiban saya sebagai seorang isteri, awak tidak boleh menikahi perempuan lain.

Ini tidak bertentangan dengan Islam kerana mengikut riwayat Umar Al-Khattab, Saad bin Abi Waqas dan Muawiyah;
" seorang isteri boleh meletakkan syarat sebelum berkahwin, yang wajib dipenuhi oleh si suami, asalkan syarat tersebut tidak memudaratkan."

Jadinya, sebelum berkahwin dan sebelum menerima lamaran seseorang lelaki, seorang perempuan tu ada hak untuk meletakkan syarat yang dia TAKNAK DIMADUKAN selagi dia mampu tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami. Makna kata, lelaki yang sanggup terima syarat ni ja yang boleh kahwin dengan perempuan tu..heheh

Tapinya, memang semua lelaki nak kahwin lebih dari 1 ka? Semua lelaki tak mampu nak sayang dekat seorang isteri  ka?  Tapi  lelaki ni jangan sesekali disuruh kahwin lain. Kalau harini isteri dia suruh, esok jugak dia pergi cari baru. Pantang dicabar. Haha. :))))


Live♥Laugh♥Love

No comments:

Post a Comment

awak comment saya sayang awak :)